30 Tahun Mendidik, Sehati Berkhidmat
Dari Pendidikan ke Perkhidmatan
郑育娟
Saya Cikgu Tay, anak jati Labis, sudah seumur hidup mengajar di sini. Di dalam kelas saya bimbing anak-anak; di luar kelas saya temani warga dalam susah senang mereka — ketika banjir, saya mengagihkan bekalan kotak demi kotak; parit tersumbat, lampu jalan rosak, semuanya saya uruskan hingga selesai. Tugas seorang guru tidak terhenti di bilik darjah. Kali ini, saya mahu membawa khidmat ini ke Dewan Negeri Johor, dan terus bersama Bekok melangkah lebih jauh dan stabil.


Kalian merantau, saya tetap di sini
Salam, saya Cikgu Tay. Selama 30 tahun, saya bertahan di tanah ini, satu generasi demi satu generasi menemani anak-anak Labis membesar — yang cemerlang saya turut gembira; yang ketinggalan, saya tidak berputus asa, saya tetap menemani mereka mengulang kaji soalan demi soalan sehingga maju, lalu melepaskan mereka menuju ke dunia yang lebih luas. Saya sentiasa percaya, tidak meninggalkan seseorang anak adalah tanggungjawab paling asas bagi seorang guru. Pendidikan ialah kerja yang memerlukan masa dan kesabaran malahan tanpa tepukan. Namun itulah perkara yang paling penting dan paling membanggakan saya selama ini.
Saya tahu, ramai antara kalian sudah lama meninggalkan kampung,melantau ke Singapura, ke Johor Bahru, ke Kuala Lumpur, ke tempat yang lebih jauh demi keluarga dan kehidupan yang lebih baik. saya pun turut bangga dengan kalian. Cuma, sejak beberapa tahun ini,populasi di sini semakin berkurangan, wajah anak muda semakin sukar ditemui. Saya tidak dapat membayangkan tanah yang membesarkan kita ini suatu hari nanti akan dilupakan dan ditinggalkan begitu sahaja?
Dan di perantauan, yang paling kalian risaukan ialah anak-anak serta ibu bapa tua yang tinggal di kampung. Saya ingin berkata kampung ini serahkan kepada saya. Anak-anak yang tinggal di sini, saya akan menemani mereka belajar dan membesar, membawa asas pendidikan yang lebih baik dan aktiviti selepas sekolah ke komuniti, supaya tiada seseorang anak yang tertinggal; warga tua yang tinggal di sini, saya akan menyediakan klinik percuma dan keprihatinan kesihatan sampai ke depan pintu mereka, supaya penduduk kampung hidup lebih sihat. Kalian berusaha bersungguh-sungguh di luar, kampung ini ada saya yang menjaga — dengan itu, kalian boleh melangkah ke hadapan.Maka kali ini, tolonglah saya, sekali gus menolong diri sendiri: pada 11 Julai, luangkan masa pulang ke kampung untuk membuang undi ini. Saya tidak akan melaungkan slogan besar, saya hanya mahu menjaga satu perkara: sentiasa ada, menemani tanah ini melangkah jauh.
Sentiasa ada, tidak pernah jauh
Kebanyakan perkara yang saya lakukan selama ini kecil-kecil sahaja, dan jarang sengaja saya catatkan. Tiada satu pun daripadanya berkaitan dengan pilihan raya ini; semuanya cuma perkara yang sememangnya patut dilakukan, saya kebetulan ada di situ dan sudi melakukannya. Di bawah ini adalah beberapa perkara yang masih saya ingat.
- 012018–2019 menyandang sebagai Ketua Masyarakat Labisbantu baik pulih tandas gelanggang awam, menganjurkan Gotong-Royong bersih parit, bantu permohonan baik pulih rumah penduduk
- 02Banjir besar di Chaah & Labis 2023terus turun padang, agih bekalan, makanan & air, bantu bersih rumah selepas banjir
- 03Pantau isu rakyatlampu isyarat Jalan Sultan Chaah, parit Taman Mewah, tiang elektrik rosak Jalan Sultan, pusat penjaja Chaah, pili bomba, terus susul dengan Majlis Daerah Labis
- 04Menemani pelajar melanjutkan pelajaran, tanpa meninggalkan seorang punyang cemerlang mahupun yang ketinggalan, saya temani satu demi satu sehingga beransur maju; ramai pelajar tuisyen Hanlin mencapai keputusan cemerlang dalam SPM (10A), ramai sekali masuk matrikulasi; membawa lepasan SPM melawat ke UKM
- 05Khidmat merentas kaum & digitalkaunter bergerak MyDigital ID (88 warga di Chaah, 85 di Bekok berjaya didaftar), promosi undi pos dwibahasa
- 06Bawa keprihatinan ke komunitianjur saringan kesihatan & klinik percuma bersama KPJ, pakar perubatan dan pasukan perubatan Cina (saringan tulang, tekanan darah, gula)
Bermula dari pendidikan · berkhidmat dengan tindakan
Di dalam kelas, saya mengajar anak-anak erti tanggungjawab dan keadilan. Kini, tiba masanya saya turun dari meja guru dan melakukannya sendiri.
Cikgu Tay
Tiga janji saya untuk DUN Bekok
Seumur hidup saya tidak pernah bercakap kosong, tidak mengejar kenamaan atau kemewahan; apa yang saya yakin betul, saya laksanakan hingga selesai. Tiga perkara di bawah sudah pun saya lakukan, dan akan saya lakukan dengan lebih baik jika dipilih. (Manifesto penuh akan menyusul)
Tiada anak ditinggalkan kerana keadaan keluarga
Potensi seseorang anak menonjol apabila ada orang mempercayainya. Saya akan perjuangkan sumber untuk pelajar yang kurang berkemampuan dan bimbing belia melanjutkan pelajaran, kerana bagi saya, proses lebih penting daripada markah, dan setiap anak layak mendengar galakan daripada guru, 'Cikgu akan bantu kamu'.
Biar warga emas menikmati hari tua di kampung sendiri
Rumah yang ada warga emas umpama memiliki permata. Saya akan bantu warga emas & keluarga yang memerlukan menguruskan bantuan kerajaan (STR / SARA / Bantuan Johor) satu demi satu, perjuangkan kemudahan kesihatan yang lebih baik, dan bawa saringan kesihatan percuma sampai ke depan pintu rumah anda.
Hal di rumah anda ialah hal besar di meja saya
Lampu jalan yang rosak, parit yang tersumbat, air banjir yang masuk ke ruang tamu, semua ini bukan perkara kecil. Setiap aduan di Chaah, Bekok dan Sungai Karas, tanpa mengira kaum, akan saya mendengar, menyusul dan menguruskannya sampai selesai.
Daftar sebagai ahli pasukan sokongan
Keputusan mungkin hanya berbeza beberapa ratus undi, undi anda penting. Tinggalkan nama anda, saya akan pastikan anda dapat berita terkini dahulu; pada hari mengundi, jika anda tiada pengangkutan atau sukar bergerak, kami akan hantar kereta jemput anda, satu undi pun tidak boleh hilang.




